Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Swinburne Kuching antara tunjang utama bagi memastikan dasar Sarawak untuk menjadi negeri pengeksport makanan tercapai menjelang 2030.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan makmal satelit untuk mengkaji dan membangunkan sektor pertanian itu akan tertumpu kepada produktiviti di kawasan bakul makanan.
